Disagree Kembali di Showcase 'Black & White in Colour' Oktober Ini
Selepas lebih sedekad tidak beraksi di pentas, kumpulan rock alternatif tanah air, Disagree, bakal membuat kemunculan semula menerusi persembahan DISAGREE “Black & White in Colour” Live Showcase yang dijadualkan berlangsung di REXKL pada 24 Okt ini.
Kemunculan semula kumpulan yang popular sekitar awal 2000-an itu bukan sahaja bagi mengubat kerinduan peminat, malah menjadi pentas pelancaran rasmi album baharu mereka yang menampilkan 21 buah lagu dengan tajuk sama.
Menurut kenyataan jurucakap kumpulan itu, album fizikal berkenaan akan ditawarkan secara eksklusif di lokasi showcase buat julung kalinya sebelum dilancarkan secara rasmi kepada umum.
"Lebih daripada sekadar sebuah konsert kemunculan semula, showcase ini menjadi ruang buat Disagree kembali mendekati peminat yang terus menyokong perjalanan muzik kami selama ini.
"Pada masa sama, ini menjadi peluang untuk memperkenalkan muzik, kisah dan emosi di sebalik lembaran baharu kumpulan kepada generasi pendengar yang seterusnya," menurut kenyataan itu hari ini.
Disagree, yang terkenal dengan genre rock alternatif dan indie progresif, pernah mencetuskan fenomena menerusi lagu-lagu hits seperti Crumbs, Suicide Note, Scarecrow Adams, Osaka dan Haley.
Sepanjang pembabitan dalam industri muzik, kumpulan itu pernah meraih tiga kemenangan di Anugerah Industri Muzik (AIM) selain diberi kepercayaan menjadi artis pembuka persembahan bagi kumpulan antarabangsa seperti Hoobastank dan The All-American Rejects.
Mengulas mengenai tempoh menyepi sebelum ini, komitmen terhadap kehidupan, keluarga dan kerjaya membawa setiap anggota kumpulan ke haluan masing-masing sebelum mereka kembali bersatu.
Langkah awal kemunculan semula mereka bermula menerusi pelancaran single Let’s Do It All Again pada Mei lepas, sebuah karya yang mengimbas perjalanan perjalanan kumpulan itu serta hubungan erat bersama para peminat.