Butterfingers Sifatkan Konsert 1.2 Milligrams Sebagai 'Kepulangan Ke Garis Mula'
Kumpulan rock alternatif, Butterfingers, menyifatkan konsert ulang tahun ke-30 album ikonik mereka, 1.2 Milligrams sebagai satu penanda aras yang sangat peribadi serta membawa makna yang cukup mendalam sepanjang tiga dekad penglibatan mereka dalam industri muzik.
Dua penggerak utamanya, Loque dan Emmet, menganggap konsert berskala besar itu bukan sekadar satu persembahan biasa, sebaliknya ia merupakan sebuah 'kepulangan ke garis mula' untuk meraikan album sulung yang pernah melonjakkan nama mereka dalam persada muzik bebas tempatan.
Bercakap selepas sesi latihan di Makmal Kampung Batu baru-baru ini, vokalisnya, Emmet, berkongsi rasa teruja dan tanggungjawab berat yang dipikul memandangkan masing-masing kini sudah melangkah ke fasa usia yang lebih matang.
“Bila usia sudah mencecah 30 tahun lebih tua, masa itu dirasakan bergerak sangat pantas. Konsert ini bukan sekadar untuk kita main muzik sahaja, tetapi ia mempunyai makna yang besar untuk kami berpatah balik dan menziarahi semula zaman muda kami,” katanya.
Mengulas mengenai pemilihan lagu (setlist), Loque mendedahkan bahawa sekitar 30 peratus daripada repertoar konsert itu nanti akan memuatkan rangkaian lagu pramatang dan demo yang belum pernah dilancarkan secara rasmi sebelum ini.
Ia termasuklah material awal daripada era 1995 yang pernah dirakam sebelum terhasilnya album 1.2 Miligram.
"Ada beberapa lagu lama yang kita kemaskan semula struktur susunannya supaya mudah dipersembahkan dan senang untuk diingati. Contohnya, ada satu lagu yang pernah kami main pada tahun 1995, yang kemudiannya diubah suai menjadi trek trip-hop progressive rock dalam album Millennium. Untuk konsert ini, kami akan bawa versi asal itu semula," jelas Loque.
Bagi memastikan 'kegilaan' dan beratnya bunyi era grunge itu dapat dihidupkan semula dengan sempurna, Butterfingers turut membuat kejutan dengan menambah seorang lagi pemain gitar sesi bagi membentuk formasi tiga gitar di atas pentas.
Dari sudut teknikal, Loque menjelaskan mereka memilih pendekatan hibrid dengan menggabungkan peralatan analog klasik dan persediaan digital moden bagi mengekalkan sifat bunyi amplifier yang 'raw' dan sukar 'unpredictable'.
“Kita masih pakai amplifier sebab bunyinya tak sama kalau guna digital sepenuhnya. Karakter raw itu yang kita nak eksperimenkan semula. Walaupun mencabar untuk cari balik feedback dan overdriving analog itu, ia adalah satu kepuasan,” tambah beliau lagi.
Selain persediaan konsert, Butterfingers turut mengesahkan bakal meluncurkan semula album 1.2 Milligrams dalam bentuk remaster fizikal termasuk format piring hitam (vinyl) dan kaset demi memenuhi permintaan pengikut setia mereka.
Hasil permintaan luar biasa daripada peminat, konsert yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 8 Ogos ini secara rasminya telah menambah sesi kedua pada Ahad, 9 Ogos.
Berbeza dengan malam pertama, sesi kedua ini akan dimulakan seawal 6 petang dan kategori tiket adalah duduk sepenuhnya, serta diserikan dengan satu segmen persembahan akustik khas.
Peminat yang tidak mahu melepaskan peluang ini boleh mendapatkan tiket untuk sesi kedua yang masih berbaki menerusi laman web rasmi di https://butterfingers12mg30.com/.