OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Bakal Persembah 6 Lagu Baharu, Amir Masdi Janjikan Pengalaman Eksklusif Di AM:PM Showcase Di Zepp KL

Bakal Persembah 6 Lagu Baharu, Amir Masdi Janjikan Pengalaman Eksklusif Di AM:PM Showcase Di Zepp KL
← Back to News
Penyanyi versatil tanah air, Amir Masdi bakal menutup tirai tahun 2026 menerusi penganjuran persembahan istimewa, Amir Masdi AM:PM Showcase yang dijadualkan berlangsung pada 20 Disember ini di Zepp Kuala Lumpur. Lebih istimewa, persembahan berskala eksklusif itu bakal menjadi saksi pelancaran enam buah lagu baharu yang merangkumi bahagian 'PM' daripada album penuhnya, AM:PM yang dirakamkan di Manchester, United Kingdom. Amir berkata, para peminat yang hadir pada malam tersebut berpeluang menjadi penonton pertama yang mendengar lagu-lagu berkenaan dipersembahkan secara langsung. Bakal Persembah 6 Lagu Baharu, Amir Masdi Janjikan Pengalaman Eksklusif Di AM:PM Showcase Di Zepp KL "Keistimewaan showcase ini adalah ia bukan sahaja sekadar persembahan lagu-lagu sedia ada. Pada malam tersebut, saya akan melancarkan bahagian 'PM' untuk album AM:PM. "Sebelum ini bahagian 'AM' yang merangkumi enam lagu seperti Nur Cinta dan Sengaja telah pun dilancarkan, manakala baki enam lagu lagi akan diperdengarkan secara eksklusif buat julung kalinya secara live bersama band saya pada 20 Disember ini," katanya pada sidang media di Malaysian Petroleum Club, Menara Berkembar Petronas, hari ini. Bakal Persembah 6 Lagu Baharu, Amir Masdi Janjikan Pengalaman Eksklusif Di AM:PM Showcase Di Zepp KL Bagi memastikan kepuasan maksimum penonton, penyanyi bersuara lantang itu turut merancang susun atur ruang yang teliti dengan pembahagian kawasan berdiri dan duduk di tingkat bawah dewan bagi menjamin keselesaan peminat. Malah, beliau turut menyeru peminatnya untuk tampil berani dan bergaya bagaikan bintang rock atau 'rockstar' pada malam tersebut bagi melengkapkan lagi suasana bertenaga persembahannya. Mengulas mengenai penganjuran showcase berkenaan, Amir menyifatkannya sebagai satu hadiah dan tanda penghargaan buat para peminat yang tidak pernah jemu menyokong perjalanan karier seninya sejak awal penglibatan dalam industri muzik. Bakal Persembah 6 Lagu Baharu, Amir Masdi Janjikan Pengalaman Eksklusif Di AM:PM Showcase Di Zepp KL "Saya selalu percaya setiap lagu ada kisahnya sendiri, dan setiap peminat juga ada cerita yang menghubungkan mereka dengan lagu-lagu tersebut. "Saya mahu semua yang hadir bukan sekadar menonton persembahan, tetapi pulang dengan kenangan yang sukar dilupakan menerusi elemen dan susunan muzik baharu yang benar-benar berbeza," katanya. Sementara itu, wakil penganjur AR United Music memaklumkan bahawa pemilihan Amir Masdi dibuat berdasarkan kredibilitinya yang konsisten dalam memberikan persembahan pentas bertenaga dan berkualiti tinggi. Bakal Persembah 6 Lagu Baharu, Amir Masdi Janjikan Pengalaman Eksklusif Di AM:PM Showcase Di Zepp KL Menurutnya, pemilihan Zepp Kuala Lumpur juga amat bertepatan kerana kapasiti dewan tersebut mampu menawarkan suasana persembahan yang lebih intim, penuh emosi, dan memberi ruang interaksi yang lebih dekat antara artis dan peminat berbanding konsert berskala besar. AM:PM SHOWCASE dianjurkan oleh AR United Music dengan sokongan Nova Music dan Rocketfuel Entertainment, manakala ERA fm, GEGAR fm dan HITZ fm bertindak selaku rakan radio rasmi. Harga tiket ditawarkan mengikut pelbagai kategori iaitu CAT 4 (Standing - RM104), CAT 3 (Seated - RM154), CAT 2 (Seated - RM184), CAT 1 (Seated - RM204) dan VIP (Seated - RM254). Bagi peminat yang menginginkan pengalaman yang lebih privasi dan eksklusif di bahagian BOX (Seated), tempahan boleh dibuat dengan menghubungi talian 011-5996 3265. Tiket kini mula dijual di https://www.myticketempire.com/amirmasdiamp