Awie 'Still Standing' Hiburkan 20,000 di Stadium Merdeka Walau Kesihatan Terjejas
Legenda rock tanah air, Dato Awie, membuktikan keunggulan luar biasa apabila terus gah beraksi sebagai ‘Last Man Standing’ di Stadium Merdeka, malam tadi, meskipun berdepan masalah kesihatan akibat jerebu teruk.
Konsert berskala besar yang dianjurkan oleh Bombbay Legend Worldwide dan Ultimate Media itu menyaksikan penyanyi berusia 58 tahun berkenaan menghiburkan kira-kira 20,000 peminat setia yang membanjiri stadium keramat terbabit.
Persembahan penuh bertenaga yang membuka tirai jam 9.00 malam itu diisi dengan deretan 35 lagu, sebelum akhirnya melabuhkan tirai hampir tengah malam pada pukul 12.45 pagi.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mendedahkan bahawa beliau sebenarnya berada dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan susulan masalah jerebu yang menjejaskan fungsi paru-parunya.
"Saya sebenarnya dalam keadaan tidak sihat disebabkan jerebu sangat teruk sehingga menjejaskan paru-paru saya, tetapi persembahan tetap harus diteruskan demi peminat yang hadir," katanya pada malam itu.
Konsert berdurasi hampir empat jam itu dipecahkan kepada lima segmen unik, masing-masing menampilkan kelainan menerusi gandingan lima kumpulan pemuzik pengiring berbeza serta barisan artis jemputan terkemuka selain pemuzik tetap seperti Nan (Guitar), Firdaus (Keyboard) dan Paang (Perkusi).
Segment pertama, Kita Bersama, menampilkan sisi akustik dan bertenaga menerusi lagu-lagu solo serta kolaborasi bersama Putri Hafirra dan Ahmad Merrah.
Segment pertama, Kita Bersama, diiringi oleh Eddie XPDC (Bass), Hanifah Naimi (Drum), Addy Cradle (Guitar), dan Muzza (Guitar), segmen pembukaan ini memperdengarkan deretan lagu seperti Sayap Ilusi (Acoustic Version), Rock N Roll Ronda Randa, Mata Hati Jiwa, Tiada Rahsia Antara Kita, Di Bayang Awan, O-Tak, serta kolaborasi bersama Putri Hafirra dan Merrah menerusi lagu Baldu Biru dan Bernafas Dalam Lumpur.
Segmen 2, Legasi, dibantu oleh Lola (Drum), Rody Kristal (Guitar), Pacai (Bass), and Alif Putra (Guitar) yang mengiringi lagu Ukiran Jiwa, gandingan bersama Stacy menerusi Peronda Jaket Biru, persembahan bersama Akim Ahmad, Black Hanifah, dan Stacy menerusi Midnight Blues, duet bersama Akim menerusi Ingatkan Dia, duet bersama Black Hanifah menerusi Intanku Kesepian, serta lagu solo Tragedi Oktober, Bara, dan Di Ambang Wati.
Segmen 3 (Cinta dan Filem) Membawa penonton menyelami nostalgia di bawah susunan muzik Sotong (Drum), Yan Toi (Bass), dan Shah Slam (Guitar).
Segmen ini menampilkan lagu Funky Monyet, duet bersama Erra Fazira menerusi Cinta Makrifat, kolaborasi bersama Erra dan Hannah Delisha menerusi Halaman Asmara, lagu bersama Hannah Delisha menerusi Kita Permata, lagu baharu Maharani yang didedikasikan khas buat isterinya, serta lagu Ratuku dan Dipenjara Janji.
Paling mencuri tumpuan ialah Segmen 4 (Tribute: Last Man Standing), Segmen penghormatan khas kepada ikon seni tanah air ini digamatkan dengan rentak pemuzik Man Kidal (Guitar), Ritz (Guitar), Ujang (Drum), dan Fly Halizor (Bass).
Antaranya lagu yang dibawa Jeritan Batinku (tribute kepada P. Ramlee), duet bersama Dato Hattan menerusi Gerhana (tribute kepada M. Nasir) dan Kepadamu Kekasih (tribute kepada anak seni yang telah tiada), Layang-Layang Terputus Talinya (tribute kepada Alleycats), Ku Di Halaman Rindu (tribute kepada Lefthanded), serta persembahan bertenaga bersama Amir Masdi menerusi Gemuruh (tribute kepada Search) dan Mentari Merah Diufuk Timur (tribute kepada Palestin).
Kemuncak malam epik ditutup menerusi Segmen 5 (Aku dan Mereka) yang menampilkan gandingan bersama kumpulan Wings (Edrie Hashim & Sham Wings pada gitar, Iham Ishak pada bass, serta Pae Sembah Bumi pada drum) menerusi deretan lagu ikonik seperti Opera Hidup, Hukum Karma, Harapan, dan Sejati, sebelum melabuhkan tirai menerusi lagu Terima Kasih.
Pujian harus diberikan kepada penganjur Konsert Awie Rock King: Last Man Standing yang diterajui oleh Pengarah Eksekutifnya, Zamberi Shaari atau lebih dikenali sebagai Bombbay, kerana membawakan konsep dan idea menggabungkan pemuzik serta artis jemputan.
Pendekatan ini disifatkan segar dan memberi dimensi baharu terhadap susunan muzik bagi setiap segmen persembahan, sekali gus melakar satu lagi sejarah manis dalam industri hiburan tempatan, selain membuktikan stamina, jiwa seni, dan aura 'Rock King' Awie masih utuh di persada muzik tanah air.