Awie Himpunkan 'Guitar Hero' di Konsert Rock King: Last Man Standing Sabtu Ini
Gambar semasa sesi latihan Awie bersama Ahmad Merrah dan Putri Hafirra.
Penyanyi rock legenda tanah air, Dato Awie, bakal mencatatkan sejarah tersendiri apabila menghimpunkan gitaris terkemuka negara dalam satu pentas menerusi Konsert Awie Rock King: Last Man Standing yang dijadualkan berlangsung di Stadium Merdeka, Sabtu ini.
Gitaris tersohor yang bakal beraksi mempamerkan kehebatan petikan gitar masing-masing merangkumi Man Kidal, Shah Slam, Ritz, Addy Cradle, Muzza, Alif Putra, Rody Kristal, Nan, Edrie Hashim dan Sham Wings.
Mengulas mengenai konsep konsert berkenaan ketika sidang media Mei lalu, Awie menjelaskan penganjuran konsert solo ini ingin mempersembahkan satu pembaharuan dengan membawa kreativiti pemuzik ke luar kotak.
"Kita ada lebih 20 pemuzik. Saya mungkin akan pecahkan kepada beberapa band untuk olah semula lagu-lagu itu kepada 'gelombang baharu'. Jadi tak adalah kita mendengar muzik yang sama.
"Lagu itu kita ubah konsep muziknya. Orang akan mendengar muzik segar, santai, boleh dinyanyikan bersama dan senang diterima pelbagai peringkat umur," katanya.
Gambar semasa sesi latihan. Foto oleh: Baam.
Beliau menambah, pendekatan itu merupakan satu pembaharuan dalam industri kerana pemuzik diberi kebebasan untuk menyampaikan karya mengikut sentuhan kreativiti sendiri.
"Konsep begini adalah satu pembaharuan dalam konsert. Pemuzik sebelum ini akan mainkan muzik yang ada dalam lagu. Namun kali ini, pemuzik main ikut kreativiti sendiri," ujar Awie.
Konsert anjuran Bombbay Legend Worldwide itu turut diselangi persembahan penyanyi jemputan popular seperti Dato’ Hattan, Amir Masdi, Erra Fazira, Stacy, Akim Ahmad, Ahmad Merrah, Hannah Delisha, Putri Hafirra dan Black Hanifah.
Bagi melengkapkan gubahan muzik beraras tinggi, pentas diperhebatkan dengan sentuhan pemain drum jemputan merangkumi Hanifah Naimi, Ujang, Lola, Sotong dan Pae Sembah Bumi, manakala posisi pemetik bass ditunjangi Yan Toi, Eddie XPDC, Pacai, Fly Halizor serta Iham Ishak.
Persembahan malam itu turut diperkayakan dengan garapan Paang di bahagian perkusi dan Firdaus di posisi keyboard.
Bagi peminat yang mahu menyaksikan perhimpunan mega ini, tiket konsert dijual bermula daripada RM98 hingga pakej VIP.
Pembelian dan maklumat lanjut mengenai tiket boleh didapati menerusi platform rasmi di iLasso Tickets