Atilia Haron Raikan Evolusi Seni 19 September Ini, Gandingan Istimewa Bersama SORE Ze Band
Penyanyi dan penulis lagu terkenal, Atilia Haron bakal meraikan perjalanan dua dekad seni muziknya menerusi konsert berskala besar, ‘ATILIA HARON In Concert’ yang dijadualkan berlangsung di Robert’s Theatre, The Campus Ampang pada 19 September depan.
Konsert intim berdurasi 90 minit itu direka khas bagi membawa penonton mendalami fasa evolusi seni beliau, selain menampilkan gandingan istimewa bersama kumpulan muzik tersohor dari Indonesia, SORE Ze Band.
Atilia berkata, konsert berkenaan bukan sekadar persembahan muzik konvensional, sebaliknya sebuah pengalaman emosi yang diterjemahkan menerusi mesej penerimaan diri dan pembaharuan.
"Setiap lagu yang dibawakan dihidupkan semula dengan susunan muzik baharu yang mencerminkan kematangan dan ketulusan karya saya sepanjang berada dalam industri ini," katanya dalam satu sidang media, baru-baru ini.
Istimewanya, SORE Ze Band bukan sahaja tampil sebagai artis jemputan, malah bertindak sebagai rakan kolaborasi kreatif utama yang menyumbang kepada susunan muzik serta hala tuju artistik konsert.
Kolaborasi itu turut dilandaskan atas hubungan peribadi dan penghormatan Atilia terhadap mendiang vokalis kumpulan itu, Ade Paloh.
Bagi memantapkan persembahan, landskap muzik konsert diterajui oleh Pengarah Muzik, Fly Halizor yang menyusun lebih 40 buah lagu daripada katalog muzik Atilia.
Penganjuran konsert ini turut mendapat sokongan jenama minuman Per’l di bawah Power Root Berhad sebagai penaja rasmi.
Tiket konsert kini boleh didapati menerusi platform MyTicket.asia dengan empat pilihan kategori iaitu Sangkar (RM168), Indah (RM188), Prahara Merah (RM228), dan Prahara Kuning (RM248) yang turut merangkumi sesi Meet & Greet.
Penonton juga boleh menikmati lagu kolaborasi Atilia dan SORE Ze Band bertajuk "Dimanakah Kau Sore Ini?" di semua platform penstriman muzik digital.
Foto Oleh: Papadin.