Ancaman Jerebu: Konsert Spideraya Kini di IDEALIVE Arena
Pihak penganjur Konsert SPIDERAYA (30th Anniversary), B7 Resources Sdn Bhd, hari ini mengumumkan pertukaran lokasi penganjuran konsert daripada Stadium Hoki Bukit Jalil ke IDEALIVE Arena akibat ancaman jerebu dan ketidakstabilan cuaca semasa.
Wakil penganjur, Khairul Afizi Khai, berkata keputusan saat akhir itu dibuat bagi mengutamakan kesihatan, keselamatan serta keselesaan penonton, artis, dan kru produksi memandangkan venue asal merupakan kawasan terbuka.
"Kami amat kesal atas sebarang kesulitan yang timbul kepada peminat yang telah membuat perancangan lebih awal. Bagaimanapun, langkah ini wajar diambil bagi memastikan konsert dapat diteruskan dalam persekitaran yang lebih selesa dan terkawal," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Bagaimanapun, pihak penganjur mengesahkan bahawa tarikh dan masa konsert kekal tanpa sebarang perubahan, manakala semua kategori tiket yang telah dibeli masih sah dan dikekalkan untuk venue baharu.
Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan atas kesabaran dan sokongan peminat, selain menasihatkan orang ramai agar merujuk saluran rasmi penganjur bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelan akses serta susun atur di IDEALIVE Arena.
Konsert ulang tahun ke-30 yang amat dinanti-nantikan ini bakal menampilkan Tam Spider (vokalis), Aie (dram), Iss (bes), dan Pown (gitar).
Barisan anggota ini dijangka memukau penonton dengan tenaga bertenaga di pentas menerusi deretan lagu-lagu popular hits mereka termasuk Kasih Latifah, Aladin, Cinta Dewa Dewi, Nazraku, dan Relaku Pujuk.
Tiket masih boleh didapati di https://www.ticket2u.com.my/event/50755/spideraya-(30th-anniversary).