OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Amir Ahnaf, Syamel & Ara Johari di Simfoni Seni Bintang Universe UTM KL Jumaat Ini!

Amir Ahnaf, Syamel & Ara Johari di Simfoni Seni Bintang Universe UTM KL Jumaat Ini!
← Back to News
Pentas hiburan ibu kota bakal bergema dengan gabungan seni dan muzik menerusi penganjuran Simfoni Seni Bintang Universe UTM yang akan berlangsung di Grand Banquet Hall, UTM Hotel & Residence, Kuala Lumpur, Jumaat ini (17 Oktober). Acara berprestij ini anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Universal Music Malaysia serta rakan label L.Y. Music Factory dan Faithful Music dijadualkan bermula jam 8.45 malam hingga 11.30 malam, menampilkan barisan sembilan artis popular yang bakal menggegarkan pentas. Antara nama besar yang menjadi tumpuan penonton termasuklah Amir Ahnaf, Syamel, Ara Johari, Ismail Izzani, Nuha Bahrin, Syasya Rizal, Iskandar Ismail, Mohsein Kush, dan Syed Iqbal. Amir Ahnaf, Syamel & Ara Johari di Simfoni Seni Bintang Universe UTM KL Jumaat Ini! Acara ini terbuka kepada orang ramai dan kemudahan pengangkutan bas percuma dari kampus UTM Johor Bahru ke UTM Kuala Lumpur disediakan secara terhad berasaskan konsep siapa cepat, dia dapat. “Simfoni Seni Bintang Universe UTM direka sebagai sebuah malam yang menyatukan peminat, pelajar, komuniti UTM dan orang awam dalam satu ruang apresiasi seni. "Kami mahu penonton bukan sahaja datang untuk menyaksikan persembahan, tetapi pulang dengan pengalaman yang benar-benar bermakna.” kata penganjur dalam satu kenyataan media. Tiket telah mula dijual dalam dua kategori utama iaitu Tier 1 pada harga RM100 yang merangkumi akses eksklusif sesi Meet & Greet bersama artis selepas persembahan, serta Tier 2 pada harga RM60. Tiket boleh didapatkan di https://bintanguniverse.ubertickets.asia/