OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

'Aku & Lelaki': Showcase Eksklusif Misha Omar 'Pemanas' Konsert 25 tahun

'Aku & Lelaki':  Showcase Eksklusif Misha Omar 'Pemanas' Konsert 25 tahun
← Back to News
Penyanyi tersohor tanah air, Misha Omar bakal kembali menemui peminat menerusi Misha Omar Showcase – Aku & Lelaki pada 24 Okt depan di JioSpace, Petaling Jaya, Selangor. Showcase anjuran Double M Productions dengan pengurusan konsert oleh Altus Prohouse itu bakal menjadi tirai pembuka atau 'pemanas' menjelang konsert berskala besar meraikan 25 tahun penglibatan seninya yang dijadualkan berlangsung tahun hadapan. Misha, atau nama sebenarnya Samihah Omar, 44, berkata persembahan kali ini mengetengahkan konsep yang lebih segar dengan menyusun penceritaan menerusi keseimbangan elemen maskulin dan feminin. 'Aku & Lelaki':  Showcase Eksklusif Misha Omar 'Pemanas' Konsert 25 tahun "Saya tidak mahu peminat mendengar perkara yang sama setiap kali kita bertemu. 'Aku & Lelaki' adalah ruang dan peluang saya untuk meneroka lagu-lagu yang saya kagumi daripada penyanyi lelaki yang banyak memberi inspirasi kepada perjalanan muzik saya. "Namun pada masa yang sama, saya masih dan akan tetap membawa identiti saya sebagai seorang penyanyi wanita. Saya mahu peminat menikmati sesuatu yang baharu dan berharap mereka pulang dengan kenangan istimewa," katanya dalam kenyataan hari ini. 'Aku & Lelaki':  Showcase Eksklusif Misha Omar 'Pemanas' Konsert 25 tahun Menurut penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta itu, selain membawakan lagu-lagu popular daripada katalog peribadinya, beliau turut memberikan interpretasi tersendiri kepada karya-karya ikonik nyanyian penyanyi lelaki tempatan, Indonesia dan antarabangsa. Bagi memastikan kualiti produksi berada pada tahap tertinggi, persembahan itu turut mendapat sentuhan tenaga kreatif berpengalaman seperti Ee Jeng selaku Pengarah Muzik, Jennifer Thompson (Pengarah Persembahan) dan Simon Khoo (Pengarah Teknikal). Tiket persembahan berharga RM188 hingga RM508 bermula jam 12 tengah hari ini di www.ticket2u.com.my/aku-lelaki-misha-omar.