OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

A7X Gegar Unifi Arena, 'Dear God' Gamatkan 12,000 Penonton

A7X Gegar Unifi Arena, 'Dear God' Gamatkan 12,000 Penonton
← Back to News
Kumpulan heavy metal terkemuka dari Amerika Syarikat, Avenged Sevenfold (A7X), melakar sejarah peribadi buat kira-kira 12,000 peminat apabila menghadiahkan persembahan lagu balada ikonik 'Dear God' semasa konsert Avenged Sevenfold Live in Malaysia 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil, malam semalam. Momen bersejarah itu tercetus apabila vokalis utamanya, M. Shadows, menyapa penonton dengan pengumuman istimewa dari atas pentas sebelum petikan gitar akustik lagu tersebut mula bergema di seluruh stadium. A7X Gegar Unifi Arena, 'Dear God' Gamatkan 12,000 Penonton "Kami akan main lagu ni. Lagu ini memang sangat jarang kami mainkan sepanjang tour, mungkin dalam tiga ke empat kali sahaja. Untuk peminat Malaysia, kami akan mainkan malam ini, harap-harap kami tak salah main," katanya yang lantas disambut dengan sorakan gemuruh dan nyanyian bersama para penonton. Hasil semakan mendapati, kali terakhir lagu 'Dear God' diperdengarkan secara langsung adalah pada konsert mereka di Jakarta, Indonesia pada Mei 2024. Menariknya, sebelum persembahan di Jakarta itu, lagu tersebut tidak pernah dimainkan secara langsung di mana-mana siri jelajah dunia mereka selama hampir 15 tahun. A7X Gegar Unifi Arena, 'Dear God' Gamatkan 12,000 Penonton Lagu daripada album eponim yang diterbitkan pada 2007 itu amat dekat di hati peminat tempatan kerana ia merupakan antara karya yang melonjakkan serta mengukuhkan nama A7X dalam arena muzik rock di Malaysia. Selain M. Shadows, persembahan bertenaga kumpulan itu turut dijayakan oleh barisan pemuzik semasa mereka yang terdiri daripada Zacky Vengeance (gitar kedua), Synyster Gates (gitar utama), Johnny Christ (bass) dan Brooks Wackerman (dram). Sebelum A7X memulakan persembahan,  pentas, dihangatkan dengan persembahan kumpulan tempatan, Langkasuka yang dipilih sendiri oleh A7X, sekali gus memberi peluang kepada bakat tempatan beraksi di hadapan ribuan peminat. Konsert anjuran Hitman Solutions yang bermula pada jam 9 malam itu berlangsung penuh bertenaga selama satu jam setengah sebelum melabuhkan tirai pada jam 10.30 malam. A7X Gegar Unifi Arena, 'Dear God' Gamatkan 12,000 Penonton Persembahan itu sekali gus menamatkan kerinduan selama 11 tahun peminat tempatan selepas kali terakhir kumpulan tersebut beraksi di Sunway Lagoon Surf Beach pada 2015, di samping menjadikan Malaysia sebagai lokasi persinggahan pertama mereka untuk siri jelajah Asia tahun ini. “Membawa Avenged Sevenfold kembali ke Malaysia selepas 11 tahun dan melihat 12,000 peminat memenuhi arena merupakan satu pencapaian yang sangat bermakna buat kami,” kata Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Group. Secara keseluruhannya, A7X memukau penonton dengan untaian 14 buah lagu yang merangkumi himpunan hit klasik serta material daripada album terbaharu mereka, iaitu Nightmare, Game Over, Afterlife, Shepherd of Fire, Buried Alive, So Far Away, The Stage, Nobody, Dear God, Hail to the King, Bat Country, Unholy Confessions, A Little Piece of Heaven, dan Cosmic.