6 Artis Terkenal Termasuk SOG, Noryn Aziz Bakal Gegar SPOTLIGHT KLCC Series
Landskap hiburan langsung tempatan bakal menyaksikan satu lagi lonjakan premium apabila siri persembahan terbaharu, SPOTLIGHT KLCC Series, bersedia menggegarkan pentas berprestij Plenary Theatre, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bermula Ogos ini.
Dianjurkan oleh HiFive Entertainment dengan kerjasama KLCC Convention Centre itu bakal menampilkan barisan enam artis terkenal tanah air merangkumi pelbagai genre termasuk kumpulan rock alternatif Sekumpulan Orang Gila (SOG), Noryn Aziz, Aizat Amdan, Imran Ajmain, Iman Troye dan Orked Farhan.
Pengarah Projek SPOTLIGHT KLCC, Mike Manicka berkata, penganjuran siri konsert berkenaan bertujuan membuktikan bahawa pengalaman budaya dan hiburan yang luar biasa tidak semestinya memerlukan venue berskala mega mahupun harga tiket yang terlalu tinggi.
"Kami amat komited untuk memperjuangkan persembahan berskala kecil dan intim yang menawarkan suasana premium serta sofistikated kepada penonton, namun dalam masa yang sama, menawarkan harga tiket yang mampu milik dan boleh diakses oleh semua," katanya dalam satu sidang media, di sini, baru-baru ini.
Menurut Mike, berikutan sambutan luar biasa yang diterima setakat ini, pihak penganjur juga merancang untuk memperkenalkan 'Bab 2' bagi siri perjalanan seni itu secara rasmi pada Julai depan dengan menjanjikan lebih banyak persembahan berkualiti tinggi.
Mengulas mengenai pengisian program, SPOTLIGHT KLCC 'Bab 1' akan dibahagikan kepada enam siri persembahan eksklusif yang dijadualkan berlangsung pada 22 Ogos dan 12 September 2026.
Tirai siri persembahan pada 22 Ogos akan dibuka oleh Aizat Amdan pada jam 1.30 tengah hari, diikuti oleh kumpulan SOG pada jam 4.30 petang, sebelum diakhiri dengan persembahan daripada Orked Farhan pada jam 8.30 malam.
Sementara itu, slot pada 12 September pula bakal menyaksikan penyanyi remaja popular Iman Troye beraksi pada jam 1.30 tengah hari, disusuli penyanyi Imran Ajmain pada jam 4.30 petang, dan siri berkenaan akan melabuhkan tirainya dengan persembahan vokal bertenaga daripada ratu jazz negara, Noryn Aziz pada jam 8.30 malam.
Bagi memastikan keselesaan penonton, tiket bagi menyaksikan kesemua persembahan ini boleh didapati secara eksklusif melalui platform dalam talian, Ticket2U.
Harga tiket bagi siri 1 hingga 5 (Aizat Amdan, SOG, Orked Farhan, Iman Troye dan Imran Ajmain) ditawarkan pada harga RM150 bagi kategori Standard dan RM200 bagi kategori Premium yang turut merangkumi sesi beramah mesra (Meet & Greet).
Bagi siri 6 yang memaparkan persembahan Noryn Aziz, tiket dijual pada harga RM180 (Standard) dan RM260 (Premium bersama sesi Meet & Greet).
Program ini turut mendapat sokongan padu daripada ERA dan SINAR selaku Rakan Radio Rasmi, serta Astro Gempak sebagai Rakan Media Digital Rasmi.