3DIVA Timeless: Kris Dayanti, Ruth Sahanaya & Titi DJ Bergabung November Ini
Tiga diva tersohor Indonesia, Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ bakal disatukan semula di atas satu pentas menerusi konsert 3DIVA LIVE IN MALAYSIA 2026 [TIMELESS] yang dijadualkan berlangsung di Unifi Arena, di sini pada 22 Nov ini.
Mengangkat tema “Three Voices. One Legacy.”, konsert berkenaan dianjurkan bagi meraikan perjalanan seni dan legasi ikonik trio berkenaan yang telah mewarnai industri muzik serantau selama dua dekad.
Pengarah Urusan T-Rex Studio Sdn Bhd, Audrey Wan Yuen Theng berkata, TIMELESS dirancang bukan sekadar sebuah persembahan muzikal, sebaliknya sebagai satu perayaan terhadap legasi 3DIVA yang kekal bertahan menerusi karya yang dekat di hati peminat.
“Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ mempunyai hubungan yang cukup istimewa dengan peminat di Malaysia. Lagu-lagu mereka telah menemani kita selama bertahun-tahun dan masih terus didengari sehingga hari ini.
“Menerusi TIMELESS, kami mahu peminat bukan sahaja hadir menyaksikan konsert, tetapi kembali menikmati memori dan perjalanan tiga figura yang menjadi sebahagian daripada sejarah muzik serantau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Konsert malam tersebut bakal melekaskan kerinduan peminat apabila tiga ratu pop berkenaan dijangka membawakan deretan lagu klasik dan hits ikonik yang pernah memuncak di carta muzik tempatan serta antarabangsa.
Antaranya termasuk Menghitung Hari dan Mencintaimu nyanyian Kris Dayanti, Keliru dan Kaulah Satunya daripada Ruth Sahanaya, serta Sang Dewi dan Bahasa Kalbu oleh Titi DJ, selain persembahan gabungan harmoni vokal mereka secara bertiga.
Pihak penganjur turut menawarkan Promosi Early Bird dengan penjimatan RM100 bagi kategori CAT 1 hingga CAT 5, menjadikan harga tiket bermula serendah RM138 hingga RM598.
Promosi tersebut sah dari 5 hingga 19 Sept ini, selain itu, pakej khas “Semua Jadi Satu” Bundle turut diperkenalkan bagi pembelian minimum empat tiket kategori VIP pada harga RM798 setiap satu berbanding harga asal RM898.
Secara keseluruhannya, tiket konsert ditawarkan dalam tujuh kategori tempat duduk bermula RM238 (CAT 5), RM298 (CAT 4), RM398 (CAT 3), RM498 (CAT 2), RM698 (CAT 1), RM898 (VIP) hingga RM1,098 (SVIP).
Penganjur turut menyertakan pelbagai pengalaman eksklusif bagi pemegang tiket premium termasuk sesi Hi-Bye, Sound Check, After Party, serta peluang menyertai sesi foto dan menerima poster bertandatangan bergantung kepada kategori tiket yang dibeli.
Penyatuan 3DIVA bermula pada 2006 dan pernah mengadakan konsert di Malaysia pada 2007, selain siri konsert reunion di Indonesia pada 2016 serta persembahan di pelbagai pentas berskala besar lain.
Tiket konsert akan mula dijual secara eksklusif menerusi platform MAISEAT bermula Sabtu ini (5 Sept), jam 12.00 tengah hari di laman rasmi https://www.maiseat.com/