
Killa Driz
Killa Driz (nama sebenar Muhamad Idris Shah Mohd. Fariz Lean) ialah seorang penyanyi rap, penulis lagu dan penerbit muzik muda berbakat dari Malaysia. Beliau mula dikenali dalam industri muzik hip-hop tempatan melalui liriknya yang tajam serta kebolehan menghasilkan rentak muziknya sendiri. Memulakan langkah dalam industri muzik indie dan telah berpengalaman menghasilkan lagu (producing) selama lebih 7 tahun. Bakat beliau mendapat perhatian meluas selepas membuat kemunculan dalam rancangan cypher popular Asia Tenggara, 16 Baris musim ketiga. Pada Oktober 2022, beliau secara rasminya telah menandatangani kontrak di bawah label hip-hop terkemuka, Def Jam South East Asia. Antara lagu terkenal beliau termasuklah "Siapa Tahu", "Sepanjang Malam" (kolaborasi bersama Syafiq Abdilah), "Cuci Mata", dan "Last Time" yang memperlihatkan beliau bekerjasama dengan ikon hip-hop negara, Joe Flizzow dan SonaOne.
