OnStage
Poster for Tok Ki
OnStage event guide

Tok Ki

past
◷ Friday, 25 September 2026 at 4:30 am⌖ Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur
Sinopsis Bermula sebagai pekerja dan kontraktor estet pada zaman penjajahan British, Mohd Isa menyaksikan sendiri bagaimana nasib buruh tempatan kian terpinggir. Didorong tekad untuk berdikari, beliau kembali ke kampung halamannya di Perak bersama isterinya, Long Safiah. Berbekalkan modal serba terhad dan sebidang tanah kecil, mereka menanam benih getah sendiri—satu tindakan luar biasa yang disambut ejekan serta keraguan orang kampung. Namun, kegigihan Isa akhirnya membuahkan hasil. Dari tanah sekangkang kera itu, bermulalah anjakan besar yang membuka mata masyarakat desa untuk turut menceburi penanaman getah sebagai sumber rezeki. Sepanjang perjalanan berdekad lamanya, Isa berdepan cabaran turun naik harga komoditi, ancaman penyakit tanaman, birokrasi, dan sistem penjajah, sehinggalah puluhan tahun kemudian pihak RISDA mencarinya semula bersempena sambutan 100 tahun industri getah. Diadun melalui penceritaan imbas kembali dan dialek autentik Kuala Kangsar, TOK KI merungkai erti keberanian, ketekunan, dan maruah seorang perintis yang jasanya kian pudar daripada ingatan generasi muda. Barisan Pelakon Pelakon Utama: Fathil Dani (sebagai Tok Ki / Mohd Isa) Pelakon Bersama: Shahriza Mahmud, A. Syaz, Qistina Liew, Amran Nasrudin, Zayrul-Iqwan Rosli, Shasha Masella, Nabil Fiqrie, Shah Samurai, Kathan Raj, Wong Sheng Meng, Bobie Challoo, Azuin Aziz, Jamaludin Husin Pelakon Kanak-Kanak: Zahraa’ Auni, Zakwan Aryan, Zaira Alia Arahan & Olahan Skrip: Amran Nasrudin Terbitan: Persatuan dan Produksi Teater TOK KI (PEMEKAR) dengan sokongan MOTAC Butiran Pementasan  Tarikh: 24, 25 & 26 September 2026 Masa: 8:30 Malam Lokasi: Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur Harga Tiket: RM20 Tiket: https://tinyurl.com/tokki2026
The people behind the show

Presented by

Keep the night going

Related concerts

Browse all ↗