incoming 
Hijjaz 3 Dekad : Konsert Rindu Sumayyah
pastKonsert ini dibawakan khas untuk meraikan 30 tahun (3 dekad) penglibatan kental Hijjaz dalam menyuburkan rohani masyarakat melalui bait-bait lirik yang mendidik jiwa. Konsert ini pastinya akan menjadi satu acara yang sangat emosional dan penuh nostalgia. Pemilihan Panggung Sari sebagai lokasi bukan sahaja memberikan pengiktirafan tertinggi kepada status mereka sebagai legenda nasyid dan pencetus sebuah legasi, malah menjanjikan sebuah persembahan yang eksklusif dan menggamit memori. Konsert Hijjaz 3 Dekad - Rindu Sumayyah bukan sekadar sebuah persembahan hiburan, tetapi sebuah pelayaran seni coretan dakwah yang penuh estetika. Ia adalah acara wajib bagi sesiapa sahaja yang membesar dengan alunan suara merdu kumpulan ini. Kegemilangan acara ini bakal dimeriahkan lagi dengan penampilan istimewa anak didik Hijjaz iaitu Inteam, UNIC dan Mestica. Dapatkan tiket anda sekarang, dan jadilah sebahagian catatan memori indah di Konsert Hijjaz 3 Dekad. <img class="alignnone size-full wp-image-23773" src="https://mdaily.my/wp-content/uploads/2026/08/hijjazSeatMap1080x1350highv05.jpg" alt="" width="560" height="700" />

Hijjaz